Guru Besar
SK/SJKC/SJKT
Daerah Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan mengadakan Program Mini Outreach Tahun 2013 pada bulan Mac.(tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian)

Sehubungan itu, mohon pihak tuan untuk melaksanakan perkara tersebut di atas sebagai persediaan mini outreach. Pelaksanaan tersebut perlu dijalankan oleh guru pemulihan sekolah tuan berdasarkan senarai nama di bawah termasuk murid baru bertukar dari sekolah lain yang dikategorikan linus tegar.(hanya sekolah yang terlibat sahaja perlu menjalankan instrumen ini). Sila simpan instrumen tersebut untuk kegunaan semasa program mini outreach.

 Kerjasama tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Sila muat turun senarai nama murid LINUS Tegar di bawah.

Senarai Murid LINUS Tegar Kohort 2 2013 (389)

 

Post Navigation