PERHATIAN DAN MAKLUMAN!!!!(TERKINI)

Guru Besar,
SK/SJKC/SJKT
Daerah Kuala Kangsar
(Seperti di bawah)

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar akan mengadakanMesyuarat Penyelarasan Program “Outreach” Murid Linus Tegar berdasarkan Saringan 6/2011 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Julai 2012
Masa    :  2.30 petang
Tempat : Dewan PPD Kuala Kangsar

Sehubungan itu, tuan diperlukan hadir dalam mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini bolehlah menghubungi Penolong PPD Pendidikan Khas/Pemulihan, En. Hamzah b. Mohd Daud di talian 0193575171.

Tuan juga diminta membawa data/senarai murid linus tegar, nama guru pengiring dan senarai/bilangan ibu bapa yang akan hadir dalam program ‘outreach’ berkenaan.

Buat pengetahuan, senarai sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:

1. SK Pos Legap

2. SJK C Shing Chung

3. SK Pos Perwor

4. SK Pos Kuala Mu

5. SK Chenein

6. SJK C Simpang Jalong

7. SK Pos Piah

8. SJK T Gandhi Memorial

9. SK Pos Poi

10. SK Kampung Kenang

Kerjasama dan kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

*Hanya sekolah-sekolah yang dinyatakan di atas sahaja yang terlibat.

*Sila abaikan surat yang diterima bagi sekolah yang tidak dinyatakan.

Post Navigation