Kepada,
Semua Guru Besar SK/SJKC/SJKT
Daerah Kuala Kangsar.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi 2011 akan dijalankan mengikut perancangan yang telah dibuat. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta mengambil tindakan mengenai perkara-perkara berikut:

2.1       Pengambilan CD Lisan / Membaca mulai 30 September 2011, di Pejabat PPD Kuala Kangsar.

2.2       Memastikan Guru LINUS (Literasi dan Numerasi) membaca Manual Am LINUS dan Manual Saringan sebelum melaksanakan saringan 3 dan saringan 6.

2.3       Melaksanakan Saringan 3 dan Saringan 6 Lisan/Membaca, mulai 3 Oktober hingga 21 Oktober 2011 di sekolah masing-masing.

2.4       Pengambilan Bahan Bercetak Instrumen Menulis/Bertulis Literasi dan Numerasi Saringan 3 dan Saringan 6 di pejabat PPD Kuala Kangsar mulai 27 Oktober 2011.

2.5       Memastikan Guru LINUS (Literasi dan Numerasi) membaca Manual Instrumen Literasi dan Numerasi (LINUS) dengan teliti sebelum memulakan Saringan 3 dan Saringan 6.

2.6       Melaksanakan Saringan 3 dan Saringan 6 Menulis / Bertulis, mulai 31 Oktober 2011 hingga 4 November 2011.

2.7       Memasukkan data Saringan 3 dan Saringan 6 mulai 7 hingga 11 November 2011.

3.         Sekian, sokongan dan keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang persoalan berkaitan perkara ini bolehlah diajukan kepada En. Mior Abdul Rahman b. Mior Mohamed di talian 05-7761184 atau 019-5590834.

Sekian, terima kasih.

Post Navigation