Kepada,
Semua Setiausaha LINUS,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Kuala Kangsar.

Pengisian data LINUS saringan 2 dan 5 secara online mestilah diselesaikan sebelum verifikasi data di Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar seperti yang telah dimaklumkan dalam surat bertarikh 2 Ogos 2011.

Data hendaklah diisi mengikut format yang telah disediakan.  Sila tandakan berdasarkan penguasaan individu walaupun telah berada di aliran perdana.  Jumlah bilangan murid harus JUMLAH SEBENAR yang ada dalam kelas tersebut.

Kemasukkan data hanya dari 01 Ogos – 12 Ogos 2011. (Untuk Daerah Kuala Kangsar kemasukan data sehingga 10 Ogos 2011 atau sebelum verifikasi data di PPD Kuala Kangsar)

Sila kemaskini semua maklumat yang berkaitan contoh maklumat guru, murid LINUS PERDANA dan berkaitan.

Semua sekolah mesti kemaskini walaupun semua muridnya sudah di aliran perdana.

Untuk pengisian data online sila layari portal NKRA di, www.moe.gov.my/nkra/

Sekian, terima kasih.

Post Navigation